Kelas Asas Ict Ms. Excel Tahap 1 (Fasa 2)
9 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniPada 8 Jun 2018, seramai 4 orang pelajar menghadiri Kelas Asas ICT Microsoft Excel Tahap 1 (Fasa 2) yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Tanjung Manis. Seperti biasa, kelas berlangsung selama 3 jam, bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Mereka diberi penerangan tentang fungsi dan kegunaan aplikasi Microsoft Excel.
Selain itu, pelajar diberi bimbingan cara-cara mengisi data, mengenali baris dan lajur serta menggunakan formula Ms. Excel. Mereka juga di ajar cara membuat pelbagai jenis graf, iaitu graf baris, bar, dan carta pai. Dengan mengadakan kelas ICT ini, pelajar sekolah rendah dapat membiasakan diri menggunakan aplikasi Ms. Excel pada peringkat awal dan untuk masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: